Soalan 1
Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bola sepak di
padang sekolah.
Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan
memberi penekanan kepada bentuk figura.
CONTOH
Soalan 2
Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan.Anda terpikat dengan
kecantikan warna, bentuk dan aksi ikan laga dalam sebuah
balang kaca.
Gambarkan aksi seekor ikan laga dari jarak dekat dengan
memberi penekanan kepada bentuk, warna,jalinan dan
pergerakan.
CONTOH
Soalan 5
Di atas sebuah meja alat solek kelihatan minyak wangi,
bedak,gincu,minyak rambut,sikat dan barang-barang lain
yang digunakan untuk perhiasan diri.
Lukis barang-barang perhiasan diri tersebut dengan
memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan ruang.
CONTOH
Soalan 6
Pada suatu pagi yang cerah,anda sedang berjalan di
sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong
tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz.
di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran cahaya
matahari.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada
unsur jalinan,ruang,warna dan pencahayaan.