advertlets

SEJARAH LUKISAN

      
SEJARAH LUKISAN

      Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Ianya berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
       Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkinmenjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.



Lukisan pada dinding gua
di Gua Niah Sarawak



      Di barat,contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira,Sepanyol dan Lascaux,Perancis. Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam lukisan figura.Manakala Calude Monet pula, mengaplikasikan lukisan stail impresionis iaitu lukisan yang menekankan kesan cahaya dan bayang. Pada penghujung kurun ke-19, Georges seurat telah menggunakan arang untuk menunjukkan suasana berkabus dalam lukisan beliau.


Lukisan zaman batu di Lascaux,
Perancis



Lukisan anatomi oleh
Leornado Da Vinci



LUKISAN-LUKISAN LAMA PADA DINDING GUA


540 BC
Circa, Yunani


475 BC
Symposium,Yunani




Di Altamira, sepanyol




Pech Merle , Perancis



Chauvet,Perancis



Lukisan gua di Les Combarelles,
Perancis